Catatan

AKU SAYANG AYAH

Imej
11 Oktober 2022, ayah terkena serangan jantung di kedai. Masa tu aku dan adik aku tolong ayah berniaga. Ayah kena lepas habis masak sekitar jam 10 pagi. Aku masuk kerja petang terus minta cuti kecemasan. Mulanya ayah berpeluh, duduk berdiri mengadu kat aku susah nak bernafas. Ayah ke klinik depan,tapi nurse suruh ayah terus ke hospital. Aku andai ayah kena serangan jantung sebab aku pernah dengar simptonnya dan waktu tu ramai kena heart attack sebab kesan vaksin covid. Aku terus bawa ke Pusrawi, sebab ayah ada kad asnaf. rupanya untuk pesakit luar sahaja. tapi doktor tu buat rawatan dulu bagi ayah ubat. Mula-mula adik aku masuk sorang, lepas tu doktor panggil aku. Doktor selidik aku tanya pasal ayah, macam-macam ditanya, ayah merokok ke, ada kencing manis ke, darah tinggi ke, keturunan ke, semua aku cakap tak ada dan ayah tak merokok. lepas tu doktor kata kita check-up dulu darah ayah, tunggu result dua jam.  Lepas dua jam, semua clean, ayah tak ada langsung penyakit , doktor nasih...